Friday, October 3, 2014

Tips Minum Air Yang Baik Untuk Kesihatan

Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral sehari, tapi rasa bosan pula kan? Nak minum air manis atau bergas, bahaya untuk kesihatan.

So, apa kata kita cuba 'infused water' ni? Bahan-bahannya mudah saja hanya diperlukan buah-buahan kegemaran kita dan air mineral.

Caranya, hiris atau belah buah seperti epal, nanas, pear, ceri, strawberi atau timun. Masukkan hirisan buah ke dalam sebekas air mineral. Sejukkan dalam peti sebelum minum.

Jika mahu masukkan lemon atau oren, perah buah itu dulu dan masukkan jusnya sahaja. Kulit buah lemon dan oren pahit jika direndam lama-lama. Memang sangat sedap
!


Satu lagi tips untuk jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan hanya kismis dan air minuman. 



 Ikuti langkah-langkah ini:
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.




Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

  
Selamat Mencuba! 


# Sumber daripada Majalah Asuh

3 comments:

Unknown said...

Senangnya.ramai yg buat sekarang... Nak cubalah

Unknown said...

Bole cuba buat nanti sis Miela pastu komen hasilnya di sini nanti ye

Unknown said...

Bilalah dapat minum semua ni...

Post a Comment