Monday, October 6, 2014

Perancangan hari bersama keluarga


Dah lama rasanya kami sekeluarga tak pergi berkelah. Maklum la kami sibuk bekerja dan anak-anak pulak sibuk dengan persekolahan. So, saya dan suami dah berbincang dan bersetuju untuk bawa keluarga kami berkelah pada cuti hujung minggu akan datang. 

Kebetulan ibu bapa saya juga akan datang ke rumah kami nanti dan kami bercadang untuk bawa kedua-dua mereka berkelah bersama nanti. Boleh jugak saya ambil kesempatan ni untuk sambut hari lahir mak saya pada 10hb Okt 2014 ni. Bak kata orang 'sambil menyelam minum air'.

Destinasi pilihan kami kali ini ialah Laman Nur Bestari yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua Hulu Yam. Alhamdulillah tempahan wakaf sudah pun kami buat. Kami juga telah bawa anak-anak sekali melihat tempat perkelahan kami nanti. Seperti yang dijangka mereka memang tak sabar-sabar nak mandi sungai. 

In sha Allah nanti saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti perkelahan keluarga kami. Di bawah ni ialah gambar yang saya sempat ambil untuk tatapan pembaca blog ini. 

2 comments:

jaymiee said...

best tempat tu....sejuk....

Unknown said...

betul tu jaymiee...tempat tu masih belum tercemar dan masih lagi terpelihara dengan keindahan pokok-pokok dan sungai pun bersih.

Post a Comment