Friday, October 31, 2014

Terbaru! Aidijuma White Label @ 1 Nov 2014



Assalamualaikum uolsss....

Nak update untuk korang yang minat dengan tudung bawal Aidijuma. 
Jangan lupa jualan bermula pada Sabtu @ 1 Nov 2014 @ RM10 @ Concept Store/Mobile Kiosk

Ada 5 corak terbaru untuk kali ini

*Love safari * Vintage * Pirates * Gentleman * Cinderella*
(Boleh refer pada pic di atas)

P/S : Had pembelian sebanyak 10 helai untuk semua corak 

Wednesday, October 29, 2014

New Green Label @ AiDiJuMa MoBiLe Store Sale @ 22 Okt - 5 Nov 2014



GL-Goe Purple

1) Karnival Jelajah Belia Serantau
    Lokasi:Tapak Bekas Kem Paroi,Seremban.
    Tarikh : 22-26 October 2014.

2) Karnival Kebudayaan Islam Pantai Morib.
    Lokasi:Dataran Pantai Morib.
    Tarikh : 23-26 Oktober 2014.

Maal Hijrah / 1436 Hijrah @ Aidijuma Oktober New Black Label Sale


Saturday, October 18, 2014

Sehari di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pahang

Assalamualaikum.....


Kali ini aku nak bercerita sikit tentang lawatan kami sekeluarga ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Temerloh Pahang pada 12hb Okt 2014 yang lepas.

Friday, October 17, 2014

BaRu!!! AiDiJuMa 'WhiTe LaBeL' @ 18 & 19 Okt 2014 @ RM10 sahaja

Assalamualaikum Aidijuma Lovers!!!

Jangan lupa dapatkan corak terbaru 'White Label' di semua 'concept store' dan kiosk Aidijuma di seluruh negara pada 18-19 Oktober 2014 dengan hanya RM10 sehelai

Ada 8 corak terbaru untuk anda grab!!!

Perhatian !!!

-------> Had pembelian pada 18 OKTOBER 2014 (SABTU)
-------> Minimum pembelian sebanyak 10 helai untuk kesemua corak (boleh campur2)
-------> Maksimum pembelian sebanyak 25 helai untuk kesemua corak (boleh campur2)

Saturday, October 11, 2014

Temasya Sukan SKJP 2 @ 11.10.14


Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni kami berkesempatan hadir ke temasya sukan sekolah anak-anak di SK Jalan Pasar 2 Pudu K.Lumpur. Setiap tahun sekiranya ada waktu yang terluang pasti kami akan bersama-sama ke sukan sekolah untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang terlibat dalam acara sukan masing-masing.

Acara sukaneka untuk murid-murid dan ibu bapa adalah yang paling mendapat perhatian semua kerana macam-macam gelagat yang dapat dilihat. Pada tahun ini anak-anak kami telah memenangi pingat bagi beberapa acara yang mereka sertai. Walaupun kami tidak dapat sebarang cabutan bertuah namun kami gembira kerana dapat bersama-sama dengan ibu bapa lain dan guru-guru memeriahkan temasya sukan sekolah pada tahun ini. 

Di sini saya nak berkongsi gambar yang saya sempat ambil ketika sukan sekolah sedang berlangsung. In Sha Allah kita jumpa lagi pada temasya sukan sekolah SKJP 2 tahun hadapan


Do It Yourself !

Daripada terbuang apa kata kita gunakan bahan-bahan plastik, bekas kaca, tin kosong, tayar lama dan lain-lain sebagai bahan kitar semula di rumah.

Di samping boleh menjimatkan belanja ia juga dapat mencantikkan lagi kediaman kita. Di sini saya kongsikan sedikit idea kreativiti yang boleh kita praktikkan di rumah.

Selamat mencuba ! 

Tuesday, October 7, 2014

AiDiJuMa ReD LaBeL PiNk EiFFeL

BARU!!! Red Label Pink Eiffel @ Aidijuma Online Store @ RM29 sahaja


Anda suka warna pink dan minat sangat-sangat dengan warna pink?? Hahaaaa....di sini saya nak update ada tudung terbaru Red Label yang diberi nama "Pink Eiffel" yang sudah pun mula dijual secara online pada hari ini @ 7hb Oktober 2014 dengan harga mampu milik iaitu RM29 sahaja. 

Cepat!! dapatkan tudung idaman anda ini di Aidijuma online store sebelum ianya 'sold out'. Klik di laman sesawang ini untuk mulakan pembelian online anda.

http://www.aidijuma.com

Happy Shopping!





JuALaN PeSTa KoNvO DaTanG LaGi!

Jualan Mobile Store Tudung Bawal Aidijuma

1) Pesta Konvo UTHM

Tarikh : 08-13 Oktober 2014
Masa : 10.00 pagi -6.00 petang Tempat : Lot B33, berhampiran pentas utama,padang kawad UTHM Batu Pahat, Johor.

2) Pesta Konvo Uni. Malaysia Pahang

Tarikh : 08-12 Oktober 2014
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Lot No 31 & 32
Berdekatan Makmal Kejuruteraan Kimia, Taman Teknologi, UMP (Kampus Gambang)

3) Bazaar Keugamaan &
Keusahawanan Brunei

Tarikh : 09, 11 & 13 October 2014
*10hb (Jumaat) & 12hb (Ahad)- Cuti Umum tidak dibuka. (TUTUP)
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Central Lecture Theater, 

Universiti Brunei Darussalam

4) Stall Bazaar 2014
(STABAZ)

Tarikh : 11-15 Oktober 2014
Masa : 10.00 pagi - 7.00 petang 

Tempat : E4 & E5 (Kawasan Pempamer)
Lot Parking berhampiran Stadium UIAM, Gombak


* Untuk makluman Aidijuma Black Label tidak dijual di pesta konvo ya




Jangan ketinggalan dapatkan tudung Aidijuma green label yang terbaru dengan hanya RM15 eksklusif di pesta konvo yang terpilih.





Aidijuma Green Label---Black Gold Flower





Aidijuma Green Label---Pink Eiffel



 Dapatkan segera design terbaru ini sebelum kehabisan stok. 

 
#Sumber diambil daripada Facebook Tudung Aidijuma Cetusan Idea Datin Norjuma

Monday, October 6, 2014

Perancangan hari bersama keluarga


Dah lama rasanya kami sekeluarga tak pergi berkelah. Maklum la kami sibuk bekerja dan anak-anak pulak sibuk dengan persekolahan. So, saya dan suami dah berbincang dan bersetuju untuk bawa keluarga kami berkelah pada cuti hujung minggu akan datang. 

Kebetulan ibu bapa saya juga akan datang ke rumah kami nanti dan kami bercadang untuk bawa kedua-dua mereka berkelah bersama nanti. Boleh jugak saya ambil kesempatan ni untuk sambut hari lahir mak saya pada 10hb Okt 2014 ni. Bak kata orang 'sambil menyelam minum air'.

Friday, October 3, 2014

Pemegang PhD termuda hanya berusia 24 tahun 2 bulan

 
“Saya tidak pernah menyangka akan menerima gelaran doktor falsafah (PhD) pada usia yang muda seperti ini, namun gembira kerana ia pencapaian paling membanggakan dalam hidup,” kata pemegang ijazah PhD termuda pengajian matematik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Hazzirah Izzati Mat Hassim.


Hazzirah Izzati, 24, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, sejak di bangku sekolah lagi, dia berpegang kepada prinsip tidak mudah berputus asa dan menganggapnya sebagai kunci kejayaannya. 


Beliau dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan merupakan anak seorang Penolong Pegawai Perubatan manakala ibunya ialah seorang guru.

Memang sejak bersekolah di peringkat rendah hingga ke peringkat menengah beliau merupakan seorang pelajar yang sangat pintar dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 

Tidak hairanlah bekas pelajar MRSM Kuala Krai dan Pengkalan Chepa ini juga telah mendapat tajaan biasiswa daripada pihak MARA semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan telah mendapat kepujian kelas pertama.

Tips Minum Air Yang Baik Untuk Kesihatan

Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral sehari, tapi rasa bosan pula kan? Nak minum air manis atau bergas, bahaya untuk kesihatan.

So, apa kata kita cuba 'infused water' ni? Bahan-bahannya mudah saja hanya diperlukan buah-buahan kegemaran kita dan air mineral.

Caranya, hiris atau belah buah seperti epal, nanas, pear, ceri, strawberi atau timun. Masukkan hirisan buah ke dalam sebekas air mineral. Sejukkan dalam peti sebelum minum.

Jika mahu masukkan lemon atau oren, perah buah itu dulu dan masukkan jusnya sahaja. Kulit buah lemon dan oren pahit jika direndam lama-lama. Memang sangat sedap
!


Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah 1435 @ 4 Oktober 2014



Umat Islam disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 Hijrah yang jatuh pada 4 Oktober 2014 mengikut kalendar tempatan.

Puasa Hari Arafah ialah puasa yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad," 

Wednesday, October 1, 2014

AidiJuMa MoBiLe StoRe Oktober 2014


Aidijuma Mobile Store kembali lagi. Kali ini mobile store akan mengadakan jualan di tiga lokasi yang terpilih iaitu di KPTM Cheras, KTC Kota Bharu dan UMP Kuantan.