Thursday, November 27, 2014

Kerdil Tapi Punya Semangat Besar




Jangan hanya pandang pada fizikal seseorang. Walaupun dilahirkan dengan berbadan kecil , namun berjiwa besar. Tahniah Emy Aridah menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah.

“Saya tidak pernah berkecil hati, malah terhutang budi kepada rakan, pensyarah serta kakitangan yang banyak membantu sepanjang berada di Universiti Malaysia Sabah (UMS),” kata graduan kerdil, Emy Aridah Aripin, 26, yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen UMS ke-16, di sini, semalam.

Emy Aridah yang kini bertugas sebagai pembantu perakaunan dan juruaudit di sebuah firma audit sekitar bandar raya ini turut merakamkan penghargaan kepada UMS yang begitu prihatin terhadap kebajikan pelajarnya.

Anak sulung daripada lima beradik itu turut mengakui sering menjadi tumpuan di kalangan pelajar UMS berikutan ketinggiannya 98 sentimeter dengan berat 24 kilogram.

“Sepanjang berada di UMS, saya tidak mengalami banyak masalah kerana sentiasa dibantu tiga rakan karib yang sama-sama menuntut sejak dari peringkat diploma lagi selain mendapat bantuan serta sokongan rakan lain.

“Selain itu, UMS juga memberi kemudahan bilik hostel di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan saya setiap hari untuk pergi dan balik kuliah,” katanya ditemui selepas menerima penganugerahan yang disampaikan Naib Canselor UMS Datuk Dr Mohd Harun Abdullah di Dewan Canselor UMS, di sini, semalam.

Emy Aridah berkata, dia turut mendapat bantuan daripada rakan karibnya yang sentiasa mengambilnya menggunakan kereta untuk pergi ke kuliah.

“Secara peribadi saya amat terhutang budi kepada mereka kerana terpaksa menjadi ‘pemandu’ saya setiap hari untuk pergi ke kuliah dan mereka langsung tidak meminta balasan daripada saya.

“Saya menganggap mereka sebagai adik-beradik meskipun selepas ini kami akan mencari haluan masing-masing,” katanya yang memberitahu tiga rakannya itu ialah Hazimah Zaiman, Azizah Abdul Kadir dan Noor Kaziemah Sariman.

Petua Untuk Wanita Supaya Tidak Cepat Nampak Tua


1. Diet Tinggi Protein 

Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran. 

2. Minuman Berkafein

 Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil. 

3. Makanan Tinggi Gula 

Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.

# Sumber diambil daripada FB Rahsia Hawa

Saturday, November 22, 2014

TEASER... NEW BLACK LABEL AIDIJUMA COMING SOON....STAY TUNE !!!





Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah SK Jalan Pasar 2 @ 14 Nov 2014


Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah pada 14 Nov 2014 bersamaan hari Jumaat lepas saya sempat menghadiri sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah anak-anak saya di Sekolah Kebangsaaan Jalan Pasar 2 Pudu Kuala Lumpur. Suami saya tidak dapat ikut serta menhadiri majlis ini kerana mempunyai tugasan di luar daerah namun saya telah ditemani anak kecil saya Nur Ayra.  

Pada hari tersebut saya dapat melihat persembahan anak-anak saya di pentas dan juga dapat melihat mereka mengambil hadiah masing-masing. Alhamdulillah anak kedua saya Nur Aina telah mengulangi kejayaannya tahun lepas dengan mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelasnya. 

Kesemua anak-anak saya Nur Nisa, Nur Aina dan Nur Alya juga telah menunjukkan bakat masing-masing menerusi persembahan tarian mereka. Saya amat berbangga dengan mereka kerana berani tampil di atas pentas membuat persembahan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu SKJP 2 yang telah mengajar dan mendidik anak-anak saya menjadi pelajar yang berjaya dan menggilap bakat mereka dalam membuat persembahan di sekolah.  

Tahniah juga kepada anak-anak saya iaitu Nur Nisa Farzana, Nur Aina Farhana & Nur Alya Adriana diatas kejayaan masing-masing. Teruskan usaha dengan lebih gigih lagi tahun hadapan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Di sini saya selitkan gambar gelagat anak-anak saya di sekitar majlis sambutan Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi SK Jalan Pasar 2 Pudu.

SYABAS untuk semua guru dan murid SK Jalan Pasar 2 Pudu dalam menjayakan majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah.
 
 

  

 



 

 

 

 

 

 


Friday, November 21, 2014

Petua Dapur Khasiat Air Beras


Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

#Selamat mencuba!

 

BaRu!! GReeN LaBel baWaL AiDiJuMa 'DaiSy' @ 24 Nov 2014

Daisy Lover???
Fresh & sweet looks...


Green Label- Daisy Turqoise @ RM15 @ Mobile Store BUSAINNA BAZAAR

Lokasi --> Dewan Serbaguna Menara Rebung TM,Kuala Lumpur
Tarikh  --> (24 November 2014 - 27 November 2014)
Masa  --> 10 pagi - 5 petang


 Daisy Turqoise

 
Green Label- Grey Daisy @ RM15 @ Mobile Store BUSAINNA BAZAAR

Lokasi --> Dewan Serbaguna Menara Rebung TM,Kuala Lumpur
Tarikh  --> (24 November 2014 - 27 November 2014)
Masa  --> 10 pagi - 5 petang


 Grey Daisy

BARU!!! BaWaL AiDiJuMa WhiTe LaBeL @ 22 Nov 2014

3 lagi corak terbaru White Label @ RM10 di Semua Concept Store...

Perhatian!!!
 

Had limit pembelian pada hari (SABTU) 22 November 2014 ialah maksimum 4 helai Setiap design..
 

Had limit pembelian pada hari (AHAD) 23 November 2014 ialah 1 helai Setiap design.(untuk pakai sendiri)
 

*Pihak kami telah mengasingkan stok untuk  hari Sabtu dan Ahad.
*Dapatkan sementara stok masih ada
 


Harap maklum dan terima kasih

Full Cat

 Abstract

Winter Shell

Tuesday, November 11, 2014

BARU!! AiDiJuMa WhiTe LaBeL @ 15 Nov 2014


White Label Baby Chocolate


White Label Baby Pink


White Label Orange Flower @ Online Store @ 11 Nov 2014

BARU!! AiDiJuMa Green Label ~ Konvo Mobile Store & Mega Year End Sale

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiga corak terbaru tudung Aidijuma Green Label 'Purple Shell', 'Baby Pink' dan 'Cat Safari' di tiga lokasi terpilih

Jumpa di sana ya!!

1) PESTA KONVO UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ( USIM ) 

Lokasi : Kompleks Sukan Tungku Najihah USIM,Negeri Sembilan.
Tarikh :13/11/2014 - 16/11/2014
Masa : 10 pagi - 6.30 petang
Booth No : T4
GL: PURPLE SHELL

2) KUALA LUMPUR MEGA YEAR END SALE 2014
 

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre,Hall 6
Tarikh : 14/11/2014 - 16/11/2014
Masa : 10 pagi - 9 malam
Booth No :A19,A20,A35,A36
GL: PURPLE SHELL,BABY PINK,CAT SAFARI


3) PESTA KONVO UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,UMS
 

Lokasi : Padang Kawad UMS,Sabah
Tarikh : 18/11/2014 - 24/11/2014
Masa : 10 pagi - 6.30 petang
Booth No : 12B
GL: BABY PINK,CAT SAFARI



Saturday, November 8, 2014

Drama Adaptasi Novel

Assalamualaikum....

Tiba-tiba jer rasa malam nie saya nak 'flashback' drama slot Akasia lepas yang amat menarik minat saya. Bermula dari jam 7 hingga 8 malam menjadi rutin saya untuk duduk di depan kaca tv menonton drama kegemaran saya.

Antara slot Akasia yang saya suka ialah 'Kerna Terpaksa Aku Relakan' lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, 'Rinda Awak 200%' lakonan Zul Arifin dan Ayda Jebat dan 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali. 

Saja jer la kan nak survey antara ketiga-tiga drama ini yang mana satu jadi 'favourite' korang?? Cuba korang komen ikut turutan drama pilihan korang. Lagi satu nak tahu korang rasa pasangan mana yang serasi berlakon bersama. Tak ada apa-apa pun saja suka-suka nak tahu feedback korang.

Drama pilihan saya yang pertama sudah tentu KTAR, kedua RA200% dan yang terakhir MJATS.

Pasangan yang paling serasi berlakon pula yang pertama Amar dan Izreen, kedua Zul dan Ayda dan yang terakhir Fahrin dan Sara.

Kalau korang nak tahu kenapa sebab saya suka sangat dengan karektor Tajul dan Indah dalam drama KTAR tu. Diaorang nie mula-mula malu-malu kucing tapi bila lama-lama suka dan jatuh cinta pulak. 

Jangan lupa ya tinggalkan komen korang. 

Sekian, terima kasih!




'Kerana Terpaksa Aku Relakan' 




 
'Rindu Awak 200%'





'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'





‘Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak‘

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Tuesday, November 4, 2014

FREE GIFT !! Sempena Hari Lahir Datin Norjuma esok @ 5 Nov 2014

Limited Edition "Gold Label"

Pengumuman daripada Datin Norjuma untuk semua pelanggan Aidijuma esok @ 5 November 2014. Ada hadiah menarik menanti anda di semua 'Concept Store' dan 'Online Store'.

Nak tahu apa hadiahnya?? Nampak tak tudung yang gojes di atas?? Cantikkan ala-ala vintage gitew.... Itulah dia tudung Aidijuma "Gold Label" yang akan diberikan secara percuma kepada pelanggan setia Aidijuma tetapi hanya terhad sehelai sahaja untuk setiap seorang (sehingga stok masih ada). 

Oleh itu, sesiapa yang berkesempatan bolehlah pergi ke 'CS' esok untuk dapatkan hadiah percuma ini. Kepada yang tidak berkesempatan untuk pergi 'CS' boleh dapatkan di 'Online Store' iaitu www.aidijuma.com 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu ada rezeki dapat tudung percuma esok.

P/S: # Online Store hanya terhad untuk 200 orang yang terawal
           (sehelai seorang sahaja)
        # Walk in di 'CS' dari 10 pagi hingga 5 petang terhad untuk
           pelanggan wanita sahaja (selagi stok masih ada)