Saturday, November 22, 2014

Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah SK Jalan Pasar 2 @ 14 Nov 2014


Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah pada 14 Nov 2014 bersamaan hari Jumaat lepas saya sempat menghadiri sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah anak-anak saya di Sekolah Kebangsaaan Jalan Pasar 2 Pudu Kuala Lumpur. Suami saya tidak dapat ikut serta menhadiri majlis ini kerana mempunyai tugasan di luar daerah namun saya telah ditemani anak kecil saya Nur Ayra.  

Pada hari tersebut saya dapat melihat persembahan anak-anak saya di pentas dan juga dapat melihat mereka mengambil hadiah masing-masing. Alhamdulillah anak kedua saya Nur Aina telah mengulangi kejayaannya tahun lepas dengan mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelasnya. 

Kesemua anak-anak saya Nur Nisa, Nur Aina dan Nur Alya juga telah menunjukkan bakat masing-masing menerusi persembahan tarian mereka. Saya amat berbangga dengan mereka kerana berani tampil di atas pentas membuat persembahan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu SKJP 2 yang telah mengajar dan mendidik anak-anak saya menjadi pelajar yang berjaya dan menggilap bakat mereka dalam membuat persembahan di sekolah.  

Tahniah juga kepada anak-anak saya iaitu Nur Nisa Farzana, Nur Aina Farhana & Nur Alya Adriana diatas kejayaan masing-masing. Teruskan usaha dengan lebih gigih lagi tahun hadapan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Di sini saya selitkan gambar gelagat anak-anak saya di sekitar majlis sambutan Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi SK Jalan Pasar 2 Pudu.

SYABAS untuk semua guru dan murid SK Jalan Pasar 2 Pudu dalam menjayakan majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 & Prasekolah.
 
 

  

 



 

 

 

 

 

 


0 comments:

Post a Comment