Saturday, November 8, 2014

Drama Adaptasi Novel

Assalamualaikum....

Tiba-tiba jer rasa malam nie saya nak 'flashback' drama slot Akasia lepas yang amat menarik minat saya. Bermula dari jam 7 hingga 8 malam menjadi rutin saya untuk duduk di depan kaca tv menonton drama kegemaran saya.

Antara slot Akasia yang saya suka ialah 'Kerna Terpaksa Aku Relakan' lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, 'Rinda Awak 200%' lakonan Zul Arifin dan Ayda Jebat dan 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali. 

Saja jer la kan nak survey antara ketiga-tiga drama ini yang mana satu jadi 'favourite' korang?? Cuba korang komen ikut turutan drama pilihan korang. Lagi satu nak tahu korang rasa pasangan mana yang serasi berlakon bersama. Tak ada apa-apa pun saja suka-suka nak tahu feedback korang.

Drama pilihan saya yang pertama sudah tentu KTAR, kedua RA200% dan yang terakhir MJATS.

Pasangan yang paling serasi berlakon pula yang pertama Amar dan Izreen, kedua Zul dan Ayda dan yang terakhir Fahrin dan Sara.

Kalau korang nak tahu kenapa sebab saya suka sangat dengan karektor Tajul dan Indah dalam drama KTAR tu. Diaorang nie mula-mula malu-malu kucing tapi bila lama-lama suka dan jatuh cinta pulak. 

Jangan lupa ya tinggalkan komen korang. 

Sekian, terima kasih!




'Kerana Terpaksa Aku Relakan' 




 
'Rindu Awak 200%'





'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'





2 comments:

Cik Iman said...

skang nie macam satu trend lak adapt dari novel

Unknown said...

betul tu Cik Iman skrg dah byk drama tv diadaptasi drpd cerita novel kan...

Post a Comment