Saturday, October 18, 2014

Sehari di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pahang

Assalamualaikum.....


Kali ini aku nak bercerita sikit tentang lawatan kami sekeluarga ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Temerloh Pahang pada 12hb Okt 2014 yang lepas.

Setelah sekian lama berfikir nak bawa ke mana anak2 pada cuti hujung minggu lepas suamiku telah mendapat idea untuk membawa kami sekeluarga ke luar Kuala Lumpur pergi melihat hidupan liar iaitu gajah. Yang menariknya tempat ini kerana kita dapat melihat gajah dengan lebih dekat dengan memberi makan sendiri kepada gajah-gajah di situ serta boleh memegang gajah-gajah tersebut.

Anak-anak memang teruja sangat kerana sebelum ini mereka hanya melihat gajah dari jarak jauh di zoo. Tapi kali ini mereka berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dan memegang haiwan ini.

Jom kita lihat pic yang sempat saya ambil ketika lawatan kami sekeluarga di Pusat Konservasi Gajah ini. 


0 comments:

Post a Comment