Saturday, October 11, 2014

Temasya Sukan SKJP 2 @ 11.10.14


Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni kami berkesempatan hadir ke temasya sukan sekolah anak-anak di SK Jalan Pasar 2 Pudu K.Lumpur. Setiap tahun sekiranya ada waktu yang terluang pasti kami akan bersama-sama ke sukan sekolah untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang terlibat dalam acara sukan masing-masing.

Acara sukaneka untuk murid-murid dan ibu bapa adalah yang paling mendapat perhatian semua kerana macam-macam gelagat yang dapat dilihat. Pada tahun ini anak-anak kami telah memenangi pingat bagi beberapa acara yang mereka sertai. Walaupun kami tidak dapat sebarang cabutan bertuah namun kami gembira kerana dapat bersama-sama dengan ibu bapa lain dan guru-guru memeriahkan temasya sukan sekolah pada tahun ini. 

Di sini saya nak berkongsi gambar yang saya sempat ambil ketika sukan sekolah sedang berlangsung. In Sha Allah kita jumpa lagi pada temasya sukan sekolah SKJP 2 tahun hadapan



2 comments:

Unknown said...

Wow... meriahnya...

Unknown said...

Bestnya...sekali sekala jpin n tengok budak budak main memang best

Post a Comment