10 Jenis Makanan untuk Pesakit Kencing Manis @ 'Diabetes'
1) Pelbagai jenis limau Makanlah secara mentah segala jenis buah limau sama ada limau mandarin, sunkist, kasturi, lemon atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok buah limau.
Jangan minum jus limau, makanlah mentah begitu sahaja kerana ianya jauh lebih bagus khasiatnya dan bermanfaat untuk badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda. Mulai sekarang jadikan ia hidangan rutin untuk keluarga anda.
2) Buah sayur Karela
Buah sayur Karela ini kaya dengan kandungan 'plant insulin'. Ia termasuk dalam kumpulan sayur-sayuran yang rupa bentuknya seperti buah petola yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih kepada hijau pekat dan kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petola.
Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Buah karela ini juga boleh dibuat jus dan boleh diminum pada waktu pagi dan petang setiap hari.
Buah sayur Karela ini kaya dengan kandungan 'plant insulin'. Ia termasuk dalam kumpulan sayur-sayuran yang rupa bentuknya seperti buah petola yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih kepada hijau pekat dan kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petola.
Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Buah karela ini juga boleh dibuat jus dan boleh diminum pada waktu pagi dan petang setiap hari.
3) Cendawan 'Maitake'
Cendawan ini mampu merendahkan rintangan insulin sekaligus meningkatkan sensiviti terhadap insulin yang bermanfaat untuk melawan penyakit kencing manis.
Ramai pengamal perubatan terutama di Jepun menggunakan cendawan untuk merendahkan tekanan darah dan lemak darah yang menjadi punca penyakit jantung.
Cendawan ini juga dikatakan paling baik untuk melawan kanser. Ini kerana ia dapat meningkatkan sistem imun badan manusia. kencing manis.
4) Bawang Putih
Untuk mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlu makan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.
5) Kulit Kayu Manis
Dengan hanya minum separuh sudu teh sehari air kulit kayu manis mampu menurunkan tahap gula dalam darah. Ia juga bagus untuk menurunkan tahap kolestrol.
6) Minyak Zaitun
Minyak zaitun amat bagus untuk pesakit kencing manis kerana ia dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Minyak zaitun amat bagus untuk pesakit kencing manis kerana ia dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Memang tidak dapat dinafikan harganya agak mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita beli namun ia mempunyai khasiat yang tinggi.
7) Roti Gandum Asli
Untuk pesakit kencing manis, roti yang diperbuat daripada gandum memang amat bagus. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai. Ini kerana terlalu banyak proses berlaku kepada tepung gandum yang digunakan.
Makanlah roti padat atau 'whole grain bread'. Roti ini sedap dimakan bersama kentang lenyek yang boleh dibuat sendiri di rumah. Saya nak kongsikan resepi makanan orang Arab yang menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat.
Apa yang anda perlu buat ialah dengan merebus 2 atau 3 biji ubi kentang sehingga masak dan lembut. Selepas itu lenyekkannya dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut.
Selepas
itu campurkan dengan kentang lenyek itu agar sebati. Selepas kentang serta
butiran bawang putih yang dilenyek itu digaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian
tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyek yang diratakan dalam pinggan
itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya
untuk menambahkan rasa.
Mudah saja kan menu lazat yang berkhasiat ni. Anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis) atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan kunyah. Ia sememangnya lazat sebagai hidangan sarapan yang berkhasiat.
8) Yogurt
Amalan memakan yogurt amat baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh beli yogurt asli yang sesuai dimakan dengan buah-buahan. Di sini saya nak kongsi satu lagi resepi yang anda boleh sediakan sebagai sarapan pagi yang lazat dan berkhasiat.
Dapatkan yogurt asli yang boleh didapati di pasaraya. Perhatikan label pada bekasnya yang tertulis "Natural Yogurt'.
Penyediaannya amat mudah. Ambil sesenduk yogurt asli dan masukkan ke dalam pinggan kecil dan ratakannya seperti kita buat pada kentang lenyek di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap. Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan.
Anda akan dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut secara perlahan-lahan. Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu. Resepi ini sememangnya amat baik untuk kesihatan terutamanya mereka yang berpenyakit kencing manis.
9) Kekacang
Dengan memakan kekacang dapat membantu mencegah kenaikan kadar insulin yang menyebabkan lemak terkumpul dalam tubuh terutama di bahagian perut. Ada banyak jenis kekacang yang anda boleh makan termasuklah kacang merah dan kuning yang mudah dan cepat dimasak. Tambahkan kacang ini dalam sos pasta agar makanan lebih sihat dan berkhasiat.
10) Ikan Berlemak
Ikan berlemak seperti Salmon, Cod, Mackerel dan lain-lain mempunyai banyak kandungan Omega 3 yang baik untuk mengawal kencing manis dan ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan tekanan darah tinggi.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat dan petua makanan yang dapat saya kongsikan di sini. 'Selamat Mencuba' resepi yang saya telah beri tadi.
0 comments:
Post a Comment