Tuesday, September 30, 2014

aiDiJuMa SaLe AiDiLaDha 2014 'HoT' DeSigN

Assalamualaikum Aidijuma Lover,

Malam nie saya nak bercerita sikit mengenai sale Aidiladha pada 27hb & 28hb September 2014 yang lepas. Ramai yang dah dapat grab tudung idaman masing-masing. Alhamdulillah saya juga dah dapat grab tudung idaman saya. 

Walaupun saya tak dapat join kawan-kawan yang lain dan shopping sendiri di 'cs' tapi pendapat saya sale kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa kerana hampir kesemua design sold out dalam waktu yang terhad. Dua design yang sangat-sangat 'hot' dan boleh dikatakan macam 'goreng pisang panas' ialah design 'Vintage Black Flower' dan 'Rainbow Flower'.


                                          'Rainbow Flower'       'Vintage Black Flower'

Pemerhatian saya dalam group Aidijuma Facebook, mereka yang masih belum dapat grab kedua-dua 'hot' design ni masing-masing gigih 'menghunting' dan sanggup membayar dengan harga yang agak tinggi daripada harga asal di butik.

Walau apapun saya harap tidak ada pihak yang ambil kesempatan menjual dengan harga yang melampau hingga berganda-ganda daripada harga asal. Sebagai seller dan buyer kita harus sama-sama dapat berkompromi dalam jual beli tudung. 

Yang penting kedua-dua pihak sama-sama puas hati, buyer happy dapat beli tudung idaman mereka dengan harga yang munasabah dan seller juga happy tudung yang mereka jual itu laku walaupun hanya dapat untung sedikit sahaja. Orang kata biar untung sikit tapi diberkati.

Big thanks pada sis Lyza kawan yang saya kenal melalui group Aidijuma telah bantu saya dapatkan tudung-tudung idaman saya. 

Sebarang komen & cadangan boleh diutarakan di blog saya. 'Peace!'

2 comments:

Unknown said...

Cantik tudung...

Unknown said...

Ini tudung bawal Aidijuma sis Miela, memang semuanya cantik2.....

Post a Comment